BEIJING, 7 Jun – Perubatan tradisional telah digunakan sebagai pilihan rawatan dan kawalan jangkitan COVID-19 di China.
“Perubatan tradisional Cina dan Barat telah digunakan dalam melakukan rawatan dan kawalan jangkitan COVID-19,
“China telah menggunakan keunikan rawatan tradisional ini dalam melakukan langkah membendung dan setiap peringkat rawatan COVID-19,” kata dokumen itu.
Menurutnya, ilmu perubatan tradisional juga digunakan untuk melakukan analisis jangkitan.
“Ubat dan rawatan tradisional digunakan pada 92% pesakit di seluruh negara. Teknik rawatan dan ubat-ubatan yang pelbagai telah berjaya merawat pesakit COVID-19,
“Ianya sekaligus mengurangkan kesan COVID-19 kepada seseorang pesakit dan meningkatkan tahap daya tahan mereka,” jelasnya lagi.
Selain itu, perubatan tradisional Cina digunakan pada pesakit yang bergejala ringan.
“Pesakit yang mengalami gejala yang teruk dirawat dengan menggunakan ubat tradisional Cina dan perubatan moden,
“Rawatan tradisional kepada lebih 90% pesakit di Hubei dilaporkan efektif,” kata dokumen setebal 66 muka surat itu.
Antara ubat-ubatan dan teknik rawatan yang disenaraikan ialah Jinhua Qinggan Granules, Lianhua Qingwen Capsules/Granules, Xuebijing Injection, Lung Cleansing and Detoxifying Preparation, Dampness Resolving and Detoxifying Preparation, Lung Diffusing and Detoxifying Preparation. – AirTimes.my