Home Semasa PM umum 40 inisiatif, RM35 bilion rangsang semula ekonomi

PM umum 40 inisiatif, RM35 bilion rangsang semula ekonomi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merangsang semula ekonomi negara susulan wabak pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PENJANA yang bertemakan ‘Bersama Menjana Ekonomi’ itu mempunyai 40 inisiatif yang bernilai RM35 bilion.

“Kita bakal memasuki strategi tahap keempat iaitu pemulihan. Maka hari ini mengambil keberkatan hari Jumaat, sukacita saya maklumkan kerajaan akan memperkenalkan PENJANA,

“Di bawah PENJANA, kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi,

“Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. Daripada jumlah ini, sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan,” jelas Muhyiddin ketika Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin berkata untuk menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan, Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan memanfaatkan seramai 3 juta tenaga pekerja melalui beberapa inisiatif.

“Pertama, Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion.  Bagi membantu syarikat dalam tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi, Kerajaan akan melanjutkan subsidi upah ini selama tiga bulan lagi,

“Subsidi upah ini ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat,

“Manakala bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, serta telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung,” jelas Muhyiddin.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply