Home Semasa Kluster baharu tapak pembinaan Kuala Lumpur catat 44 kes COVID-19

Kluster baharu tapak pembinaan Kuala Lumpur catat 44 kes COVID-19

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Kuala Lumpur.

“Dimaklumkan ada pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2,” katanya semasa Sidang Media Harian Perkembangan COVID-19 Malaysia.

Menurut laporan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, kluster tersebut dikesan di Lembah Pantai dan merekodkan 44 kes jangkitan baharu dengan 1 daripadanya melibatkan warga negara tempatan.

Terdahulu, Dr Noor memaklumkan 34 kes pulih dari COVID-19.

“Ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 sebanyak 5,979 kes. Kadar ini bersamaan dengan 80.6% dari jumlah keseluruhan kes jangkitan,” jelasnya.

Beliau menambah, sebanyak 172 jangkitan baharu direkodkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 seramai 7,417 orang.

Selain itu, jumlah kematian akibat wabak itu kekal 115 orang dengan tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Related Articles

Leave a Reply