SERDANG, 20 Mei – Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Oscar Mission, , C. Nazmi Shah C. Yusof menyatakan pihaknya telah menyumbang sebanyak 50 ribu botol air minuman kepada petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Beliau menambah, Oscar Mission turut menyumbangkan 30 ribu pek makanan serta mendirikan khemah bagi kegunaan para petugas.
“Selain itu, kami turut membantu dalam melakukan penghantaran pelbagai barang perubatan,” katanya kepada Air Times ketika ditemui selepas menyampaikan sebuah kontena pendingin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang
Beliau menambah, Oscar Mission dibantu oleh golongan profesional yang terlibat dalam bidang logistik dan penerbangan.
Oscar Mission telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pada ketika itu, pertubuhan ini memberi fokus untuk membantu mangsa banjir di Pahang.
Pada tahun 2013, Oscar Mission dengan kerjasama beberapa pihak industri seperti FH Bertling, NAZA, Firefly, Mas Kargo, Air Asia dan Malindo untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.