Home SemasaGlobal Selepas 30 tahun, tentera Jepun bakal terima raifal baharu

Selepas 30 tahun, tentera Jepun bakal terima raifal baharu

by M.Daim

TOKYO, 20 Mei – Pasukan Pertahanan Darat Jepun (Japan’s Ground Self-Defense Force, JGSDF) bakal menerima raifal tempur baharu pada tahun 2021.

Raifal yang dikenali sebagai Type 20 mula telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun pada Isnin lalu.

Menurut laporan media Jepun, raifal terbaharu itu mampu untuk digunakan dalam operasi amfibi.

“Raifal terbaharu ini direka untuk mempunyai daya ketahanan air yang lebih tinggi dan sesuai untuk dioperasikan di kawasan pulau terpencil,” lapor Asahi.

Howa Machinery Ltd. telah dipilih untuk menghasilkan raifal itu.

Raifal Type 20 direka mempunyai daya ketahanan tinggi bagi tujuan operasi amfibi oleh JGSDF.

Panjang laras Type 20 adalah 78 sentimeter dan mempunyai berat 3.5 kilogram. Menggunakan peluru 5.56 mm, selaras raifal ini berharga US$ 2,606.

Tokyo sebelum ini telah memperuntukan sebanyak US$ 8.355 juta bagi memperoleh sebanyak 3,000 laras Type 20.

JGSDF mula menumpukan operasi di kawasan kepulauan Nansei berikutan peningkatan aktiviti China di kawasan perairan berhampiran.

Semenjak tahun 1989, JGSDF mengoperasikan raifal Type 89.

 

Related Articles

Leave a Reply