Home Semasa COVID-19: Tiada kematian, kes positif menurun kepada dua angka

COVID-19: Tiada kematian, kes positif menurun kepada dua angka

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 4 Mei – Selepas dua hari berturut-turut Malaysia mencatatkan angka tiga digit kes positif wabak pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes tersebut telah kembali turun kepada dua angka pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 55 kes baharu telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini dengan menjadikan jumlah kamulatif positif COVID-19 meningkat kepada 6,353 kes.

Beliau menjelaskan, daripada 55 kes baharu berkenaan, 7 kes adalah kes import dan 48 kes adalah penularan tempatan,” katanya.

“Daripada 48 kes penularan tempatan itu, sebanyak 24 kes telah dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

“Sehingga kini, seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 13 daripadanya pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham menjelaskan tiada kematian berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara kekal 105 kes.

Manakala bagi pesakit yang telah sembuh pula, Dr Noor Hisham menyatakan sebanyak 71 kes telah disaj dan ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah dibenarkan keluar sebanyak 4,484 kes. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply