Home Semasa Amnesty International jangan masuk campur urusan Malaysia – MCCF

Amnesty International jangan masuk campur urusan Malaysia – MCCF

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Halim Ishak menegaskan pihak Amnesty International perlu menghormati hak dan kedaulatan Malaysia dalam mengendalikan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Amnesty International sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang terpaksa menanggung kos operasi dengan memindahkan semua PATI di Selangor Mansion ke pusat tahanan dan telah disaring untuk memastikan mereka bebas dari wabak Covid19,” kata Halim dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang mengkritik operasi penguatkuasaan PATI di Jalan Masjid India baru-baru ini sebagai tidak berperikemanusiaan.

Operasi tangkapan PATI telah dilaksanakan di kawasan PKPD Masjid India sejak 1 Mei lalu.

“Kerajaan perlu menjaga keselamatan dan kesejahteraan 32 juta rakyat Malaysia dengan mengambil tindakan ke atas PATI dengan mengikut undang-undang,

“Jangan mencabul hak asasi 32 juta rakyat Persekutuan Malaysia dengan mengecam tindakan kerajaan ke atas pekerja asing tanpa izin (PATI).  Amnesty International sebaliknya perlu mendesak kerajaan negara asal PATI untuk dibawa balik ke negara mereka,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Halim menyifatkan tindakan kerajaan untuk adalah tepat dan menyeluruh berikutan isu kebanjiran PATI di negara ini.

“Isu lambakan (PATI) bukanlah isu baru dan kami bersetuju agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangkap mereka demi membendung penularan wabak COVID19,

“Tambahan pula, mereka tiada dokumen perjalanan yang lengkap dan sebahagiannya tiada dokumen langsung,” jelasnya.

Menyentuh dakwaan sesetengah PATI adalah mangsa penipuan sindiket Halim percaya pihak berwajib mempunyai jalan penyelesaiannya tersendiri.

“Tidak dinafikan bahawa sebilangan besar PATI ini adalah mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab,

“Saya yakin bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mempunyai solusi kepada isu ini,” kata Halim. – Air Times

 

PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

 

 

Related Articles

Leave a Reply