Home Semasa COVID-19: 2 kematian, 142 kes baharu dicatatkan hari ini – Dr Noor Hisham

COVID-19: 2 kematian, 142 kes baharu dicatatkan hari ini – Dr Noor Hisham

by Nurulhuda

PUTRJAYA, 1 Apr  – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan 2 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Beliau berkata penambahan kes tersebut menajadikan jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di negara ini sebanyak 45 kematian.

“Kes kematian ke-44 adalah merupakan seorang wanita wargenegara Malaysia berumur 80 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-115,

“Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020, jam 4.30 pagi,” jelas Dr Noor Hisham dalam sidang media hari ini.

Manakala kes kematian ke-45 pula ialah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga sejarah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-486.

“Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia  10.46 malam tadi,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan seramai 142 kes terbaru positif COVID-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 orang.

Related Articles

Leave a Reply