Home Semasa COVID-19: Doktor perubatan KKM mangsa korban ke-9

COVID-19: Doktor perubatan KKM mangsa korban ke-9

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC)  melaporkan satu lagi kes kematian direkodkan akibat virus COVID-19 di Malaysia, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan sehingga kini.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

“Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata doktor itu telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020,

“Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara,” kata Dr Noor Hisham.

 

 

Related Articles

Leave a Reply