Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rakyat bukan musuh, laksanakan tugas secara berhemah – Panglima – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Rakyat bukan musuh, laksanakan tugas secara berhemah – Panglima

Rakyat bukan musuh, laksanakan tugas secara berhemah – Panglima

by M.Daim

SUNGAI BULOH, 22 Mac – Panglima Markas 11 Briged, Brigedier Jeneral Norsham Md Tap menegaskan pelaksanaan Op Penawar merupakan salah satu usaha pasukan tentera dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa Perbarisan Persiapan Op Penawar di Markas 11 Briged (Mk 11 Bgd), Sungai Buloh, hari ini.

“Operasi ini merupakan detik bersejarah kerana kita melaksanakan operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menguatkuasakan perintah kawalan pegerakan,

“Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan tugas dengan baik dan berhemah,” kata Norsham semasa menyampaikan amanat kepada anggota Mk 11 Bgd.

Anggota tentera dari Markas 11 Briged diperiksa kesihatan sebelum melaksanakan tugas Op Penawar – Foto: AirTimes/Azuwan

Beliau turut mengingatkan kepada anggota yang terlibat bahawa masyarakat adalah bukan musuh dan pelaksanaan tugas perlu dilakukan secara berhemah.

“Masyarakat bukan musuh tetapi mereka sahabat kita. Tugas kita adalah untuk memastikan PKP untuk dipatuhi sebaik mungkin,” ujarnya.

Beliau menekankan pesanan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Nawawi kepada anggota yang terlibat Op Penawar iaitu “Jaga Kesihatan, Lindungi Diri” (Stay healthy, protect yourself).

Op Penawar merupakan operasi yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu PDRM dalam melaksanakan PKP.

PKP mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 oleh kerajaan Malaysia sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang melanda.

Keputusan ATM diaturgerak untuk membantu PDRM dalam usaha penguatkuasaan PKP telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri pada 20 Mac lalu.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?