Home Semasa Tular COVID-19 ragut nyawa doktor pakar di Perak tidak benar

Tular COVID-19 ragut nyawa doktor pakar di Perak tidak benar

by Nurulhuda

IPOH, 21 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa seorang doktor di hospital Perak meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Beliau menegaskan doktor berkenaan merupakan Pakar Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Perak yang memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dr Noor Hisham berkata seorang lagi pesakit berusia 63 tahun yang merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling turut dirawat di ICU, HRPB.

“Kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media social,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisaham menegaskan petugas kesihatan KKM seluruh negara sedang berusaha sebaik mungkin dalam memberi rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19 serta mengesan kes-kes yang baharu.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar petugas kesihatan dilindungi daripada sebarang malapetaka dan diberikan kesihatan serta kekuatan menghadapi krisis ini.

“Anda semua boleh membantu kami dengan duduk di rumah, sentiasa menjaga kebersihan diri dan beri kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan dan pihak keselamatan. Jujurlah apabila diminta maklumat,” katanya lagi.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?