Home Semasa COVID-19: Semua pegawai awam diarah bekerja di rumah – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

COVID-19: Semua pegawai awam diarah bekerja di rumah – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

by Farrah Najihah Hisyam

PUTRAJAYA, 17 Mac – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib hari ini mengarahkan semua pegawai untuk bekerja dari rumah dengan bersyarat selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa esok.

“Pegawai yang diarah bekerja dari rumah harus mengikuti beberapa syarat seperti sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan oleh kerajaan,

“Selain itu, pegawai diminta untuk sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain dan memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Kementerian atau Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat.

Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai gagal mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395].

Dalam pada itu, Perdana Menteri semalam telah mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, diseluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply