Home Semasa Menteri adalah hamba kepada rakyat – Muhyiddin

Menteri adalah hamba kepada rakyat – Muhyiddin

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 11 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada rakyat bahawa semua menteri akan menjalankan tugas dengan baik semasa pemerintahannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Muhyiddin menegaskan bahawa semua menteri hendaklah menjadi hamba dalam memenuhi kemahuan rakyat.

“Kerajaan yang dibentuk hari ini adalah untuk semua rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai kaum,” katanya.

“Saya nak nak tegaskan bahawa kerajaan kita tak berikan keutamaan kepada kumpulan tertentu, sebaliknya kerajaan ini akan mewakili semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak,

“Jemaah Menteri akan bekerja keras untuk semua rakyat Malaysia, dimana kita akan berlaku adil pada semua rakyat Malaysia,

“Siapa yang memerlukan bantuan, akan diberikan, kita di sini untuk dambakan diri kepada semua, anggaplah kita ini hamba kepada rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak kerajaan juga harus menjaga hal berkaitan Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menyatakan hal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibincangkan bersama dengan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili.

“Kerajaan harus memberi komitmen terhadap rakyat dan mereka harus tahu apa yang rakyat mahu,” kata Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, semua menteri dikehendaki menandatangani Ikrar Aku Janji dan mengisyhtiharkan harta mereka bagi menjamin ketelusan kerajaan dalam memerangi rasuah.

Related Articles

Leave a Reply