Home Semasa Kerajaan lancar Tabung COVID-19

Kerajaan lancar Tabung COVID-19

by Khairunnisa Suhairi

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Kerajaan telah melancarkan tabung Koronavirus (COVID-19) bagi membantu rakyat yang dikuarantin serta yang kehilangan pekerjaan akibat wabak tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media berkata, tabung itu dilancarkan bukan sahaja untuk  membantu kerajaan tetapi juga bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Kerajaan sedikit sebanyak akan memberikan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan kerana terpaksa dikuarantin,

“Bantuan yang dipersetujui pada peringkat awal  adalah sebanyak RM1 juta,

“Hasil kutipan dana daripada rakyat akan diberi kepada pihak-pihak yang memerlukan,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply