Home SemasaGlobal Qantas ubah laluan penerbangan, potong gaji pekerja

Qantas ubah laluan penerbangan, potong gaji pekerja

by M.Daim

SYDNEY, 10 Mac – Syarikat penerbangan Australia, Qantas hari ini mengumumkan perubahan laluan penerbangan Sydney-Singapura-London sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi ancaman wabak Koronavirus (COVID-19) di peringkat global.

Perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang diambil oleh Qantas dalam menghadapi senario industri penerbangan yang terjejas akibat COVID-19.

“Penerbangan transit Sydney-Singapura-London akan digantikan dengan penerbangan terus Sydnet-London mulai 20 April,” kata Qantas dalam satu kenyataan.

Selain itu, Qantas turut menunda perkhidmatan penerbangan Brisbane-Chicago yang sepatutnya bermula pada 15 April ke pertengahan September.

Selain daripada itu, Qantas turut membuat keputusan untuk mengurangkan kadar penerbangan antarabangsa untuk tempoh 6 bulan dan mengurangkan kapasiti pesawat.

Dalam tempoh sehingga September 2020, Qantas mengurangkan penggunaan pesawat Airbus A380.

“8 pesawat Airbus A380 tidak akan diterbangkan sementara 2 buah lagi sedang menjalani penyelenggaraan,

“2 buah lagi akan meneruskan operasi penerbangan,” jelas Qantas.

Selain daripada itu, Qantas turut melancarkan pelan langkah penjimatan termasuk mengumumkan tiada bonus bagi tahun kewangan 2020.

“Ahli Lembaga Eksekutif tidak akan mempunyai gaji sementara gaji ahli Kumpulan Pentadbiran Eksekutif pula dipotong sebanyak 30%,

“Selain itu, sebarang aktiviti pengambilan pekerja yang tidak berkepentingan serta perkhidmatan rundingan dihentikan sementara waktu,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, pihak syarikat turut menggesa pekerja Qantas dan Jetstar untuk mengambil cuti semasa pengurangan kapasiti penerbangan.

Related Articles

Leave a Reply