Home SemasaGlobal Pasaran saham US kerugian US$ 5 trillion akibat COVID-19

Pasaran saham US kerugian US$ 5 trillion akibat COVID-19

by M.Daim

SAN FRANCISCO, 10 Mac – Kebimbangan kesan wabak koronavirus (COVID-19) kepada ekonomi global telah memberi impak negatif kepada pasaran saham Amerika Syarikat AS.

Sentimen pasaran yang negatif  dilihat telah memberi kesan kepada 3 indeks saham utama Amerika Syarikat yang menyaksikan kejatuhan nilai pasaran yang besar dalam masa sehari dan terburuk dalam sejarah.

Indeks Dow Jones mengalami kejatuhan yang teruk sebanyak 2,013.76 mata dan ditutup pada paras 23,851.02

Menurut Reuters, pasaran saham AS turut mengalami kerugian sebanyak US$ 5 trilion selepas S&P 500 Index merosot sebanyak 225.81 mata dan pada paras 2,746.56 mata.

Sementara itu, Nasdaq mengalami kejatuan sebanyak 624.94 mata dan ditutup pada paras 7,950.68 mata.

Kejatuhan mendadak pasaran saham di AS turut menyebabkan dagangan digantung selama 15 minit.

Related Articles

Leave a Reply