Home Semasa Hishammuddin: Jawatan bukan satu keistimewaan tetapi satu amanah

Hishammuddin: Jawatan bukan satu keistimewaan tetapi satu amanah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lantikan beliau sebagai Menteri Luar Negeri dalam barisan kabinet baharu adalah satu amanah yang besar.

“Lantikan ini bukan satu keistimewaan, sebaliknya satu amanah besar yang perlu saya galas sebaiknya,” ulas Hishammuddin di akaun media sosial rasminya.

Beliau turut berikrar untuk terus mengutamakan kepentingan negara dalam pentas antarabangsa.

Hishamuddin merupakan antara yang tersenarai dalam barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, semalam.

Pelantikan beliau sebagai Menteri Luar Negeri merupakan portfolio ke-7 sepanjang karier beliau dalam pentas politik tanah air.

Hishammuddin merupakan bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas pada tahun 2013 hingga 2018. Pada masa yang sama, beliau turut memangku jawatan Menteri Pengangkutan selama 2 tahun.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pendidikan, dan Menteri Dalam Negeri.

Related Articles

Leave a Reply