Home SemasaGlobal Lebih 30 terperangkap hotel kuarantin COVID-19 runtuh

Lebih 30 terperangkap hotel kuarantin COVID-19 runtuh

by M.Daim

BEIJING, 8 Mac – Seramai lebih 30 orang dikhuatiri masih terperangkap apabila sebuah hotel di Quanzhou yang digunakan dalam usaha membendung wabak koronavirus (COVID-19) runtuh.

Media China melaporkan Hotel Xinjia setinggi 5 tingkat yang digunakan sebagai pusat pemerhatian kontak pesakit COVID-19 ranap pada pukul 7.30 petang semalam.

Hotel terbabit merupakan salah satu daripada dua pusat kuarantin kontak pesakit COVID-19 yang digunakan pihak berkuasa tempatan di wilayah Fujian.

Anggota penyelamat membawa keluar mangsa terperangkap dari bawah runtuhan hotel.

Semasa kejadian, kira-kira 70 orang termasuk pegawai perubatan, pekerja hotel dan kontak pesakit COVID-19 masih berada di bangunan berkenaan.

Pasukan kecemasan digegaskan ke kawasan kejadian. Sehingga berita ini ditulis, seramai 43 orang mangsa berjaya dibawa keluar dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Quanzhou merupakan bandar pelabuhan yang terletak di wilayah Fujian dengn populasi melebihi 8 juta orang.  Sehingga kini, Fujian mencatatkan 296 kes jangkitan dengan 10,819 orang diletakkan di bawah pemerhatian

Related Articles

Leave a Reply