Home Semasa 10 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan, jumlah kes hampiri angka 100

10 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan, jumlah kes hampiri angka 100

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 10 kes baharu jangkitan Koronavirus (COVID-19) telah dikesan di negara ini.

Angka tersebut adalah berdasarkan laporan yang diterima oleh KKM sehingga jam 12 tengah hari tadi.

“Dengan pertambahan 10 kes baharu ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Jelas Noor Hisham, kesemua kes terbaharu melibatkan kontak rapat kepada pesakit kes ke-33.

“Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33. Empat kes daripadanya adalah merupakan generasi pertama kontak rapat pesakit,

“Enam kes pula merupakan generasi kedua kontak rapat pesakit ke-33,” jelas Noor Hisham lagi.

Menurut beliau, kesemua kes terbaharu ini adalah merupakan yang telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi serta rawatan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply