Home Semasa Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pelawak popular dari kumpulan Bocey, Abam disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.

Berita pemergian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 tahun telah disahkan oleh ahli keluarga dan kumpulan Bocey.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” kata Ali Puteh yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam seperti yang dilaporkan oleh Astro Gempak.

Manakala isteri Abam atau nama sebenarnya, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Allahyarham meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Jenazah akan dimandikan dirumahnya dan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum dikebumikan pada hari ini.

Berita ini juga disahkan ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Acey melalui Instagram mereka.

“Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu”, kata Fad pada ruangan kapsyennya.

“Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…”, kata Achey.

 

Related Articles

Leave a Reply