Home Semasa Malaysia catat kes koronavirus pertama, 3 warga China dikuarantin

Malaysia catat kes koronavirus pertama, 3 warga China dikuarantin

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 25 Jan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan 3 kes positif jangkitan Novel Koronavirus (2019- nCOV).

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ketiga-tiga pesakit yang disahkan positif jangkitan 2019-nCoV merupakan waris terdekat kepada seorang warganegara China yang dikesan menghidap wabak itu di Singapura pada 2 hari lalu.

“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kesemua mereka diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam,

“Tiga yang terlibat merupakan seorang wanita berusia 65 tahun, yang merupakan isteri pesakit di Singapura bersama dua orang cucu,

“Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil. Manakala lain-lain yang disyaki adalah negatif bagi 2019-nCoV,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

“Pasukan Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) di lapangan telah diaktifkan serta-merta bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan,

“Semua anggota kesihatan adalah diingatkan untuk memberikan perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum pada setiap masa,” tambahnya lagi.

 

Related Articles

Leave a Reply