Home Semasa Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

by Bernama

LAHAD DATU, 18 Jan – Lapan nelayan dipercayai hilang di perairan Tambisan, Tungku dekat sini, semalam.

Menurut sumber, sebuah kapal nelayan yang berdaftar di Sandakan ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada 12.40 tengah hari semalam.

Difahamkan lokasi kapal itu ditemui berhampiran dengan lokasi kejadian culik yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu dan siasatan sedang dijalankan. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!