Home Semasa Redah banjir demi cinta

Redah banjir demi cinta

by Nurulhuda

BESUT, 30 Nov – Video operasi menyelamat dan pemindahan bakal pengantin bersama keluarga yang terperangkap ketika kenderaan dinaiki ditenggelami banjir di Jertih, tular di laman sosial sejak semalam.

Pasangan pengantin tersebut, Aliff Taufiq Alin Azman, 28, dan isteri Maizatul Akmal Moh Razmi, 29  menjadi viral apabila video berdurasi 1 minit 30 saat ketika bakal pengantin sedang dipindahkan dari sebuah kenderaan pacuan empat roda ke sebuah bot keselamatan untuk ke lokasi penikahan di Kampung Batu 13, Hulu Besut  di rakam oleh penduduk.

Menurut seorang pengguna Facebook, pengantin perempuan bersama beberapa ahli keluarga dari Kampung La keluar untuk menyambut rombongan pengantin lelaki dan bersiap untuk ke majlis akad nikah. Namun kenderaan empat roda dinaiki rombongan pengantin itu dimasuki air di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Rata-rata netizen mendoakan keselamatan mereka dan berharap agar pasangan pengantin serta keluarga dapat dipindahkan segera ke tempat yang lebih selamat.

 

Seorang netizen, Airmie Jailani pula berkata tidak sewajarnya pasangan berkenaan meredah banjir yang agak dalam walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Jangan redah banjir ikut suka hati walaupun kenderaan berat. Sebab kita tak tau dasar air itu mungkin sebelum ini cetek, bila air lalu tanah pecah dia jadi dalam,” katanya.

Bagaimanapun pasangan pengantin viral tersebut berjaya diselamatkan oleh bot penyelamat dan diijabkabulkan selepas Asar semalam walaupun sekadar berpakaian biasa dan tiada majlis yang meriah.

 

Related Articles

Leave a Reply