Home Semasa Bot Terbakar: APMM selamatkan 17 nelayan warga Myanmar

Bot Terbakar: APMM selamatkan 17 nelayan warga Myanmar

by Air Times News Network
https://studio.youtube.com/video/2gpC4NfFYDg/edit

LUMUT, 22 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Perak berjaya menyelamatkan 17 kru bot nelayan warga Myanmar yang terbakar di perairan Pulau Sembilan, kira-kira 10 batu nautika selatan Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata bertindak dari laporan itu, pihaknya telah menggerakkan Kapal Maritim (KM) Marlin dan Bot Petir 80 ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya KM Marlin di tempat kejadian, kerja-kerja memadam api terus dijalankan manggunakan ​water cannon dan terdapat juga beberapa buah bot nelayan yang berhampiran turut membantu memadam api tersebut,

“Manakala Bot Petir 80 melakukan pencarian mangsa di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya kesemua 17 mangsa terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri dan telah diselamatkan oleh bot nelayan yang berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 1.15 pagi. Seramai 16 mangsa dipindahkan ke KM Marlin untuk dibawa ke jeti berhampiran manakala seorang lagi yang cedera ringan dipindahkan ke Bot Petir 80 untuk dibawa ke jeti perikanan bagi mendapatkan rawatan.

“Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada jam 4.30 pagi, setelah kesemua mangsa selamat tiba di jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dan seterusnya dibawa ke pejabat Maritim Negeri Perak untuk diambil keterangan,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply