Home Semasa PBB sahkan Malaysia tarik diri dari Statut Rome – Wisma Putra

PBB sahkan Malaysia tarik diri dari Statut Rome – Wisma Putra

by M.Daim

PUTRAJAYA, 16 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia dari Statut pada 15 Mei, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

“Penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti tersebut berkuatkuasa pada 29 April 2019, iaitu tarikh Kerajaan Malaysia mengemukakan surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti tersebut,

“Makluman mengenai pengesahan tersebut telah dimuatnaik di laman sesawang PBB pada awal pagi 16 Mei 2019 (waktu Malaysia),

“Sehubungan dengan ini, Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai Negara Pihak kepada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” jelas Wisma Putra yang memetik kenyataan PBB.

Pengesahan yang dikeluarkan oleh PBB mengenai penarikan balik Malaysia dari Statut Rome

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply