Home Pertahanan dan Keselamatan Jadikan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia sebagai pusat tahfiz contoh

Jadikan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia sebagai pusat tahfiz contoh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Mei 19 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjaga kebajikan dan membuat penambahbaikan sistem pentadbiran serta pengurusan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) agar ia seiring dengan pusat maahad tahfiz yang lain.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menyeru supaya Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa mengambil ruang dan peluang untuk menambahbaik sistem pentadbiran serta pengurusan STAY ATM.

“Pelbagai inisiatif boleh diambil, termasuklah melalui kaedah penanda aras di antara STAY ATM dengan maahad tahfiz yang lain.

“Sebagai contoh, Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) merupakan pusat tahfiz terkemuka yang terbina hasil daripada dana waqaf dan kini telah menubuhkan lebih kurang 12 ribu cawangan di seluruh dunia,” ujar beliau semasa ucapan majlis berbuka puasa STAY ATM di Dewan Perkasa Wisma Pewira ATM hari ini.

Beliau percaya, amalan tadbir urus yang baik (good governance practice) dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, mahupun sistem pentadbiran di MTS boleh diaplikasikan di STAY ATM.

“Saya juga berkehendakkan supaya aliran akademik kontemporari sentiasa dijadikan satu keutamaan kepada pelajar STAY ATM.

“Ini juga selari dengan tuntutan syariat agar umat islam menguasai pelbagai disiplin ilmu yang bersesuaian dengan perubahan zaman, jelas beliau ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa ATM bagi Tahun 2019 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada hari ini.

Menurutnya lagi, ilmu akademik adalah satu kemestian agar tidak ketinggalan dalam faza pemodenan dunia hari ini.

“Dalam erti kata lain, aspek duniawi dan ukhrawi mestilah diseimbangkan. Disamping mendalami Al-Quran, saya juga berkehendakkan supaya aliran akademik kontemporari sentiasa dijadikan satu keutamaan kepada pelajar STAY ATM.

“Ini selari dengan tuntutan syariat agar umat islam menguasai pelbagai disiplin ilmu yang bersesuaian dengan perubahan zaman,” jelasnya.

Terdahulu, Zulkifli turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 84 orang pelajar STAY ATM dan 50 orang saudara baru dikalangan warga ATM.

Turut hadir ke majlis Panglima Tentera Laut, Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya Abdullah; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Kamalruzaman Mohd Othman dan wakil Syarikat TRAMS SDN BHD, Datuk Ahmad Bastari Muslim.

 

Related Articles

Leave a Reply