Home Semasa Projek ECRL : MRL, CCCC tandatangan perjanjian tambahan

Projek ECRL : MRL, CCCC tandatangan perjanjian tambahan

by Noor Sheila Amin

PUTRAJAYA, 12 April – Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan satu Perjanjian Tambahan (SA) ditandatangani di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bagi penyambungan semula projek Link Pantai Timur (ECRL).

Perjanjian tambahan itu meliputi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) aspek ECRL, telah dicapai setelah berbulan-bulan rundingan di antara syarikat yang terlibat serta Kerajaan Malaysia dan China.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kos pembinaan untuk Fasa 1 dan 2 dari ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion, dari kos asalnya berjumlah RM65.5 bilion.

“Pengurangan ini pasti akan memberi manfaat dan meringankan bebab kepada Malaysia dalam situasi kedudukan kewangan negara kini, menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, sidang media mengenai projek ECRL ini  akan diadakan pada hari Isnin depan, 15 April 2019.

Related Articles

Leave a Reply