Home Pertahanan dan Keselamatan VAT 69, Polis Marin Semporna tumpaskan 2,200 liter minyak seludup

VAT 69, Polis Marin Semporna tumpaskan 2,200 liter minyak seludup

by Nurulhuda

SEMPORNA, 12 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan Pasukan 69 Komando (VAT 69) menggagalkan satu cubaan menyeludup 2,200 liter minyak petrol ke negara jiran ketika melaksanakan tugas rondaan bersama di kawasan laut Pulau Kulapuan, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, ketika anggota PPM dan VAT69 menjalankan rondaan, mereka terlihat sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik ditahan dan diperiksa, anggota bertugas menemui 88 jerikin berisi petrol dalam bot.

“Terdapat 2 lelaki warga asing di dalam bot tersebut iaitu juragan berusia 45 tahun bersama seorang anak perahu berumur 26 tahun.

“Suspek juga gagal mengemukakan permit dan siasatan awal mendapati minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup ke Filipina.

“Disyaki suspek bergerak pada waktu tengah malam bagi mengelak daripada dikesan,” kata Mohamad Pajeri dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamed Pajeri, setiap jerikin berisi 25 liter petrol dan keluruhan dianggarkan sebanyak 2,200 liter.

Tambahnya,turut dirampas bot bersama 2 enjin sangkut yamaha masing-masing dengan kapasiti 40hp dan 75 hp dengan nilai keaeluruhan rampasan dianggarkan RM 45,640.00.

Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke pangkalan polis marin Semporna untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Articles

Leave a Reply