Home Semasa Penahanan seseorang di bawah POCA berdasarkan jenayah – KPN

Penahanan seseorang di bawah POCA berdasarkan jenayah – KPN

by Nurulhuda

ALOR SETAR, 1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata penahanan atau pengawasan terhadap seseorang di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dibuat berdasarkan jenayah yang dilakukan individu terbabit.

Penahanan dan pengawasan dilaksanakan mengikut keputusan yang ditentukan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah selain peruntukan sedia ada, katanya seperti dilaporan Bernama.

“Pihak lembaga yang tentukan perkara ini dan kita bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, jadi sebarang proses dan tindakan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. POCA ini dilakukan atas sebab kesalahan, bukan polis sahaja ambil tindakan.

“Jumlah sebenar, hanya seorang sahaja yang masih ditahan di Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor manakala 56 lagi telah bebas namun masih berada di bawah pengawasan POCA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mahukan keadilan serta pembelaan sewajarnya diberikan kepada 142 juvana yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

 

 

Related Articles

Leave a Reply