Home SemasaGlobal Sokong Daesh, warga Amerika Syarikat ditahan

Sokong Daesh, warga Amerika Syarikat ditahan

by Noor Sheila Amin

Pihak berkuasa berkata, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu, didakwa membuat rakaman video bagi menyatakan kesetiaan mereka terhadap Daesh.

Mereka turut didakwa merancang untuk mengadakan serangan di Amerika Syarikat, sekiranya salah seorang daripada mereka gagal ke luar negara untuk berjuang bagi kumpulan pengganas itu.

Ketiga-tiga mereka ditahan Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Gerald Ford di Grand Rapids, Michigan ketika salah seorang suspek, Muse Abdikadir Muse, 23, atau Muse Muse sedang menjalani proses pemeriksaan keselamatan oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA).

Polis turut berjaya menahan adiknya, Mohamud Abdikadir Muse, 20, dan seorang lagi ahli keluarganya, Mohamed Salat Haji, 26, yang berada di bangunan terminal lapangan terbang terbabit.

Pihak berkuasa berkata, Muse dipercayai bakal menaiki penerbangan menuju ke Mogadishu, Somalia, dengan harapan untuk menyertai Daesh.

Related Articles

Leave a Reply