TAIPEI, 11 Jan – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen mengumumkan pelantikan Su Tseng-chang sebagai Perdana Menteri baharu, dalam usahanya untuk meraih sokongan susulan kekalahan parti pro-kemerdekaan pimpinannya ketika pilihan raya tempatan, tahun lalu.
Pilihan raya pada November lalu menimbulkan cabaran besar kepada Tsai yang berdepan kritikan berhubung agenda pembaharuannya ketika menghadapi ancaman baharu dari China, yang menganggap negara itu ditadbir secara autonomi.
Su adalah bekas perdana menteri yang dilantik pada 2006, oleh bekas Presiden Chen Shui-bian dan pengerusi Parti Progresif Demokratik Tsai selama dua penggal.
Pelantikannya susulan ramalan meluas peletakan jawatan William Lai, perdana menteri kedua meletak jawatan sepanjang tempoh Tsai menjadi presiden sejak 2016.
Penganalisis berkata, menjelang pilihan raya presiden tahun depan, Tsai dan Su perlu meraih sokongan untuk dasar rentas selat dan merangsang ekonomi ketika tahun yang agak mencabar ketika pertelagahan antara China-Amerika Syarikat.