Home Semasa Malaysia sediakan kerangka dasar luar untuk Malaysia Baharu

Malaysia sediakan kerangka dasar luar untuk Malaysia Baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Okt –  Malaysia sedang menyediakan kerangka dasar luar untuk Malaysia Baharu, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata salah satu elemen penting dalam hal ini adalah diplomasi ekonomi.

Dalam konteks ini, beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sambutan 50 tahun hubungan dua hala antara Norway dan Malaysia dan 25 tahun Majlis Jamuan Malam Gala Norway di sini, malam ini.

Majlis malam itu dihoskan oleh Duta Besar Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset.

Saifuddin juga berkata hubungan dua hala antara Norway dan Malaysia terus erat dan mesra menerusi pelbagai bentuk kerjasama.

Beliau berkata Norway adalah satu daripada sumber utama pelaburan asing Malaysia. Norway kini ialah negara pelabur ke-9 terbesar di Malaysia.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 50 syarikat Norway yang beroperasi di Malaysia.

Sementara itu, Roset dalam ucapannya berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual bertemu Perdana Menteri Norway Erna Solberg di Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-12 di Brussels, Belgium dari 18 hingga 19 Okt.

Pelbagai hasil laut dari Norway disajikan pada majlis jamuan gala itu hasil cetusan idea chef terkenal Norway Frank Naesheim dan pasukan kulinari profesional dari Norway, Malaysia dan Singapura. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply