Home PolitikPakatan Harapan Tun M turun Port Dickson bantu Anwar

Tun M turun Port Dickson bantu Anwar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Okt –  Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober ini.

Memetik laporan BH Online, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan turun padang sambil mengerahkan jentera parti dalam skala besar.

“Saya dan jentera parti akan berada (di Port Dickson) pada 8 Oktober di majlis besar-besaran kempen kita.

“Kita juga berharap pengundi Port Dickson di luar akan balik mengundi kerana tiada undi pos.

“Kena balik juga kerana banyak (pengundi) berada di negara lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo. – BH Online

Related Articles

Leave a Reply