Bantuan yang mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra adalah dengan membaiki rumah-rumah mereka yang rosak akibat dipukul angin kencang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mencemar duli bagi menziarahi rumah-rumah penduduk terlibat.