Home Semasa Cintakan negara: Bukan sekadar kibar bendera semata-mata

Cintakan negara: Bukan sekadar kibar bendera semata-mata

by M.Daim

IPOH, 1 Sept – Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengingatkan semua bahawa semangat cintakan negara bukan sekadar mengibar Jalur Gemilang kerana ingin mengikut trend bulan kemerdekaan.

“Kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab menjaga nama baik dan imej Malaysia dengan menjauhi segala sikap negatif seperti rasuah dan dadah selain menjaga kebersihan alam sekitar termasuk tandas awam,” katanya.

Beliau berucap demikian pada program ‘Malaysiaku Merdeka Bersama BoboiBoy’ yang diadakan di Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini malam tadi.

Kira-kira 5,000 pengunjung hadir bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri bagi memeriahkan program yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu.

Program yang bermula pada 9 malam itu turut dimeriahkan dengan konsert yang menampilkan beberapa artis tempatan antaranya Syamel, Joe Flizzow, Ezad Lazim, SonaOne serta kumpulan Masdo.

Related Articles

Leave a Reply