Home Semasa Gesa Umat Islam Bersatu Padu – Tun Mahathir

Gesa Umat Islam Bersatu Padu – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Ogos -Pendekatan dakwah tidak akan berjaya sekiranya umat Islam di dunia ini masih lagi bertelagah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam perlu menunjukkan nilai positif bagi memberi gambaran jelas bahawa Islam merupakan agama yang syumul.

“Islam menyatakan yang kita ini bersaudara, tapi hakikatnya kita seperti tidak bersaudara. Kita bertelagah satu sama lain.

“Islam melarang kita membunuh satu sama lain, tetapi kita melakukannya. Islam menggalakkan keadilan dan kesaksamaan, tetapi kita tidak mengamalkannya.

“Bukan sahaja di Malaysia, tapi negara lain juga. Disebabkan perbuatan salah saudara seagama kita, Islam dapat imej negatif. Imej negatif ini yang menghindarkan mereka yang ingin dekati Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM di sini hari ini.

Related Articles

Leave a Reply