Home SemasaGlobal Sekatan ke atas Iran oleh AS

Sekatan ke atas Iran oleh AS

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON 7 Ogos – Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 telah membuka jalan kepada Washington untuk mengenakan kembali sekatan terhadap Iran bermula esok.

Sekatan itu akan dijalankan dalam dua fasa.

Sekatan pertama akan dijalankan bermula esok dan fasa kedua serta terbesar bakal berkuatkuasa pada 5 November.

Beberapa syarikat seperti GE dan Honeywell yang beroperasi di Iran adalah antara yang terpaksa menarik balik pelaburan mereka kerana sekatan itu.

Selain itu, beberapa syarikat asing seperti firma tenaga Perancis iaitu Total juga memulakan operasi di Iran selepas termeterainya perjanjian terbabit.

Namun disebabkan mereka turut berada dalam pasaran AS, maka syarikat tersebut juga terpaksa menarik diri atau terpaksa berdepan dengan denda oleh kerajaan AS.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!