Home SemasaGlobal Robot sebagai pelayan restoran di Dubai

Robot sebagai pelayan restoran di Dubai

by Air Times News Network

DUBAI, 2 Ogos – Seiring perkembangan teknologi, sebuah restoran di kota metropolitan di sini telah menyediakan perkhidmatan pelayan robot yang mengambil tempahan dan menyajikan hidangan kepada pelanggannya.

Restoran yang dikenali dengan nama ‘Drink and Spice Magic’ bertempat di Umm Hurair 1 di tengah-tengah pusat bandaraya Dubai merupakan yang pertama menggunakan perkhidmatan pelayan robot yang diberi nama Ruby.

Memetik laporan agensi berita AFP, pengurus restoran itu, Arif Mohammed memberitahu bahawa Ruby adalah pekerja terbaik kerana dia tidak pernah letih, tidak kecewa dan tidak meminta kenaikkan gaji serta menghiburkan para pelanggan yang berkunjung ke restorannya.

Related Articles

Leave a Reply