Home Semasa Jamal Md Yunos ditangkap pihak polis Indonesia

Jamal Md Yunos ditangkap pihak polis Indonesia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata  Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.

“Saya Ingin mengucap terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) atas bantuan mereka,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Bekas calon Ketua Pemuda UMNO itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

Related Articles

Leave a Reply