WASHINGTON, 8 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam berkata, pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura pada 12 Jun depan sudah sedia untung dilangsungkan.
Bercakap kepada pemberita, ketika menyambut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Rumah Putih, Trump berkata, beliau dan Abe akan membincangkan isu Korea Utara dan perdagangan.
“Nampaknya persiapan untuk pertemuan ini selesai. Persidangan ini akan dijalankan. Mungkin ia akan berubah kerana kamu tidak boleh menjangka dunia sekarang,” kata Trump.
Abe berkata, beliau berharap persidangan itu akan menjadi detik perubahan dramatik dan bersejarah untuk rantau timur laut Asia.
Trump berkata, Korea Utara mesti menggugurkan senjata nuklearnya dan AS mungkin menambah sekatan, jika perlu. – Reuters