Home PolitikBarisan Nasional JASA, JKKK, PEMANDU, MPN, SPAD akan dibubarkan – Tun M

JASA, JKKK, PEMANDU, MPN, SPAD akan dibubarkan – Tun M

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan – Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tun Mahathir membuat pengumuman tersebut semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet yang baru di Putrajaya hari ini.

Dalam kes JKKK yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

 

Related Articles

Leave a Reply