“Pemotongan ini adalah berasas kepada gaji asas sahaja kerana gaji menteri adalah lebih rendah daripada pegawai tinggi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai status gaji pegawai tinggi kerajaan, Perdana Menteri, ketika beliau dilantik untuk menjawat jawatan tersebut pada tahun 1981, beliau telah melakukan pemotongan gaji menteri dan penjawat awam kanan.

“Ia terpulang kepada pegawai tinggi kerajaan dan jika mereka berasa ingin menyumbang untuk mengurangkan kos pentadbiran negara mereka boleh berbuat demikian tetapi kita tidak memaksa mereka,” jelas beliau.