SURABAYA, 16 Mei – Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan serangan pengganas terhadap bangunan pasukan keselamatan. Dua orang anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) dilaporkan tercedera dalam satu serangan terhadap sebuah ibu pejabat POLRI di Pekanbaru.
Kejadian yang berlaku pada awal pagi menyaksikan sebuah kenderaan MPV melanggar pagar ibu pejabat polis dan penumpang kenderaan terbabit bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan pisau.
Laporan media Indonesia menyebut seramai 2 orang anggota POLRI cedera sementera 3 orang penyerang telah ditembak mati.
Pada Isnin lalu, Ibupejabat POLRI di Surabaya telah digegarkan dengan serangan bunuh diri. Serangan yang dilakukan oleh 5 orang sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah mencederakan seramai 10 orang.