Home Semasa 1MDB: Singapura tingkatkan kerjasama dengan Malaysia

1MDB: Singapura tingkatkan kerjasama dengan Malaysia

by M.Daim

SINGAPURA, 16 Mei – Pihak berkuasa Singapura hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk terus membantu kerajaan Malaysia dalam melakukan penyiasatan 1MDB.

Perkara tersebut disuarakan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perhubungan Komersil (Commercial Affairs Department – CAD) dan Penguatkuasa Monetari Singapura Monetary Authority of Singapore (MAS) pada hari ini.

“Pihak Singapura telah memberikan kerjasama kepada Malaysia untuk memenuhi permintaan mengenai maklumat yang berkaitan dengan transaksi 1MDB. Namun begitu, kami bersedia untuk terus memberikan kerjasama kepada Malaysia. Pihak Singapura telah mengambil tindakan terhadap institusi kewangan dan individu yang terlibat dengan aliran wang 1MDB di Singapura,” jelas kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama.

Pihak MAS telah mendenda 8 buah bank dan menutup dua buah bank persendirian Switzerland; BSI dan Falcon yang dipercayai terlibat dalam gubahan wang 1MDB. Pada masa yang sama, beberapa orang individu telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

 

Related Articles

Leave a Reply