KUALA LUMPUR, 16 Mei – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung hari ini telah memperkenankan pengampunan penuh kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, pengampunan tersebut adalah selaras dengan Perkara 42, perlembagaan Persekutuan dan mendapat nasihat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Tempoh pengampunan tersebut berkuatkuasa dari tarikh mula persidangan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 pada 16 Mei 2018.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah diisytiharkan bebas dan telah keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada awal tengah hari sebelum menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung di Istana Negara.