Home Semasa Dzukifli Ahmad letak jawatan ketua SPRM

Dzukifli Ahmad letak jawatan ketua SPRM

by Nurulhuda

PETALING JAYA, 14 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya, hari ini.

Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.

“Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini, ” kata ketika dihubungi mStar.

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.

Selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berikutan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, Tun Dr Mahathir memberi amaran bahawa ketua-ketua agensi kerajaan termasuk SPRM akan turut disiasat.

Related Articles

Leave a Reply