Home Politik Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf

Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 11 Mei – Kerajaan tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum 14 (PRU14) yang berlangsung di Sabah pada 9 Mei lalu jika didapati ada unsur rasuah, kata perdana menteri.

“Misalnya di Sabah, pada mulanya WARISAN memenangi 35 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus melakukan kiraan semula untuk mengurangkan  kerusi WARISAN  menjadi 29 kerusi.

“Kini mereka mempunyai masalah untuk membentuk kerajaan dan ada cubaan untuk membawa orang (wakil rakyat) supaya melompat menggunakan wang (di Sabah) dan kerajaan menganggap ini sebagai rasuah.,” katanya.

Katanya kerajaan boleh menerima jika ada wakil rakyat yang berpindah parti atas dasar prinsip namun andainya mereka ‘dibeli’ ia dianggap tidak wajar.

“Kami tidak mengiktiraf ini sebagai perubahan kerajaan yang betul, dan kami akan menyiasat dengan betul dalam kes ini” katanya.

Semalam Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan keputusannya untuk bekerjasama dengan BN.

Langkah itu membolehkan BN memperoleh majoriti mudah di DUN Sabah dan membentuk kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply