Penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Ir Nawawi Ahmad akan dicabar oleh calon gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan wakil daripada Pas, Zubir Ahmad.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Muhamad Arof Darus mengumumkan tempoh pencalonan tamat pada pukul 10 pagi.

Muhamad Arof  membuat pengumuman senarai calon yang bertanding pada pukul 11.45 pagi selepas berpuas hati dengan semua borang pencalonan.

Langkawi merupakan kerusi paling panas, apabila menyaksikan bekas Perdana Menteri yang ‘bersara’ masuk semula ke gelanggang politik negara dengan mengemudi pakatan pembangkang.

Mahathir mempertaruhkan modal jasa dan khidmat baktinya selama mentadbir negara dan juga arkitek pembangunan pulau peranginan bebas cukai itu bagi menumbangkan BN.

Proses penamaan calon di Langkawi berjalan aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong ketiga-tiga parti.

Kelihatan seramai 2,000 penyokong Pakatan Harapan, 500 penyokong Pas, BN 1,000 penyokong BN membanjiri pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi memberi sokongan kepada calon mereka.