2.7K
RANTAU, 28 Apr – Calon Barisan Nasional untuk DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah diumum menang tanpa bertanding di N 27 DUN Rantau.
Kemenangan beliau telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR, Amino Agus Suyub.
Sehingga jam 10 pagi, pusat penamaan calon hanya menerima borang pencalonan dari parti Barisan Nasional manakala calon Pakatan Harapan gagal menyerahkan borang penamaan calon sebelum waktu pencalonan ditutup.
Kemenangan ini sekaligus merupakan kemenangan pertama parti Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.