Home PolitikIsu Air di Selangor Selesai, Jika BN Menang

Isu Air di Selangor Selesai, Jika BN Menang

by Noor Sheila Amin
A+A-
Reset

Gombak, 28 April – Calon Barisan Nasional  (BN) , Ismail bin Ahmad yang bertanding di N18 Hulu Kelang memaklumkan masalah air yang dihadapi oleh penduduk Selangor akan selesai jika BN menang pada PRU-14 kali  ini.

Beliau merayu kepada pengundi-pengundi di Gombak supaya  melihat sendiri bagaimana keadaan 10 tahun lepas yang tiada pembelaan untuk rakyat terutamanya isu air.

“Jangan cerita berkenaan hal lain selain isu air yang sudah menggugat 35% penduduk yang tinggal di kawasan rumah pangsa dan sebagainya, menderita tentang masalah air yang dihadapi, katanya.

“Isu air ini bukanlah untuk dipolitikkan, tetapi adalah perkara yang menjadi dasar dan harus diperbaiki segera oleh kerajaan persekutuan dan negeri di bawah pemerintahan BN sekiranya menang pada PRU14 kali ini, ujarnya.

Terdahulu, N18 Hulu Kelang yang dimenangi  Saari Sungib calon dari PAS mengalahkan calon dari BN iaitu Abdul Rahim Pandak Kamarudin dengan majoriti 2881, namun masih tiada jalan penyelesaian berkenaan isu air di kawasan Hulu Kelang yang dimenanginya.

Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin adalah antara pemimpin PAS Selangor yang keluar parti tidak lama selepas PRU-13 yang kemudian menyertai PAN selepas ia ditubuhkan dan kini bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

Beliau ditemui ketika penamaan calon PRU-14, di  Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Pusu Gombak, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply